Sebagai persiapan untuk menyambut
hari raya, di sini dinyatakan adab-adab yang menepati sunnah Nabi saw agar kita
semua bukan sahaja dapat bergembira malah dapat juga beramal soleh dan mendapat
ganjaran pahala dari Allah SWT.
Sabda Nabi saw kepada Abu Bakar
r.a. - "Setiap kaum ada perayaan, dan ini adalah perayaan kita"
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Hadis ini merujuk kepada 2
perayaan Hari raya yang khusus bagi orang Islam. Orang Islam tidak ada perayaan
lain selain dari Hari rayaul-Fitr dan Hari rayaul-Adha. Anas.r.h. berkata:
"Nabi saw datang ke Madinah,
orang-orang Madinah biasa mengadakan 2 pesta/perayaan. Dikedua perayaan itu
mereka ada permainan/pesta. Kata beliau (Nabi saw bertanyakan kaum Ansar
mengenainya.) Apakah itu dua hari? Mereka menjawab : kami biasa bermain/pesta
dimasa zaman Jahiliyyah dahulu lagi. Nabi saw memberitahu mereka :'Sesungguhnya
Allah swt telah mengurniakan 2 hari yang mempunyai kebaikan didalamnya, iaitu
hari Hari Raya Eidul-Fitr dan hari Hari Raya Eidul-Adha." Riwayat Abu Daud, 1134.
Kedua-dua Hari raya ini adalah
diantara syiar Allah, dimana kita harus mengambil berat dan memahami
objektifnya.
ADAB-ADAB HARI RAYA (آداب العيد)
1. Mandi (الاغتسال): ia
merupakan salah satu dari adab yang baik sebelum keluar bersolat. Ia telah
dilaporkan oleh Sa'id Ibnu Jubair, berkata :"3 perkara yang menjadi sunnah
pada hari Hari raya: berjalan kaki (ke tmpat solat), mandi, dan makan sebelum
keluar (jika ianya Hari Raya Eidul-Fitr)
2. Makan sebelum keluar (الأكل قبل الخروج ): Seseorang janganlah hendaknya pergi ke tempat Solat pada
hari Hari Raya Eidul-Fitr sebelum makan beberapa tamar, kerana diriwayatkan
oleh Bukhari dari Anas Ibnu Malik berkata :"Rasulullah saw tidak akan
keluar pada pagi Hari raya aidil Fitri sehingga dia memakan beberapa tamar dan
beliau akan makan bilangan ganjil".
3. Bertakbir pada hari Hari raya
(التكبير يوم العيد ): Ini merupakan sunnah yang terbesar pada hari tersebut.
Al-Daraqutni dan lain meriwayatkan bahawa Ibnu Umar semasa keluar pada hari Hari
raya Eidul Fitri dan Hari raya Eidul Adha akan sedaya-upaya melakukan Takbir
sehingga tiba ke tempat Solat, kemudian ia akan meneruskannya sehingga Imam
tiba.
4. Mengucapkan tahniah (التهنئة): Orang Islam boleh mengucapkan tahniah dan ucapan-ucapan yang
baik dihari Hari raya, tidak kira apa bentuk ucapan sekalipun. Misalnya mereka
boleh mengucap diantara satu sama lain ucapan :"Taqabbal Allahu minnaa wa
minkum" - Semoga Allah menerima amalan baik dari kami dan dari kamu atau
Hari raya Mubarak {تقبل الله منا ومنكم أو عيد مبارك }. Di riwayatkan oleh Ibnu Hajar dengan
ucapan : "Taqabbal minnaa wa minka" - semoga diterima amalan dari
kamu dan dari kamu
{تُقُبِّل منا ومنك
. ابن حجر إسناده حسن }.
5. Memakai baju yang baik/cantik
untuk Hari raya. Dari Jabir r.a. berkata :"Nabi saw, mempunyai Jubbah yang
beliau akan memakainya pada hari Hari raya dan hari Jumaat"
Al-Baihaqi meriwayatkan bahawa
Ibnu Umar biasanya memakai pakaian yang baik pada hari Hari raya, jadi kaum
lelaki haruslah memakai baju yang baik yang mereka miliki apabila keluar untuk
Hari raya
6. Menggunakan jalan yang berlainan
apabila pulang dari bersolat : Dari Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw
menukar jalannya pada hari Hari raya. (Riwayat Al-Bukhari).
No comments:
Post a Comment