Saturday 18 March 2023

 Selamat Datang dan Selamat Kembali ke Sekolah 

Pembukaan sekolah Sesi Akademik Tahun 2023/2024, 'Program Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC) akan dijalankan pada minggu pertama persekolahan yang akan melibatkan seluruh warga  S7 Unggul iaitu Guru, Murid dan Ibu Bapa sekali gus mewujudkan suasana "Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera.













Friday 17 March 2023

 

Selamat Kembali ke Sekolah Murid Tahun 2 - Tahun 6 dan Selamat Datang Ke SK Seksyen 7 kepada Murdi Tahun 1, PPKI Tahun 1 & Pra Sekolah 



Thursday 16 February 2023

Majlis Inspirasi Dinamik (Mind) 2022/2023

       Majlis Inspirasi (Mind) telah  dilaksanakan pada 15 Februari 2023 bertempat di Foyer SKS7. Majlis ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada para pelajar yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik pada tahun 2022/2023. Majlis ini dapat  menjadi perangsang kepada murid-murid supaya berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan menimbulkan rasa minat di kalangan murid-murid untuk terus cemerlang dan berjaya dalam bidang akademik.

Sekitar majlis Inspirasi Dinamik

Persembahan murid



Majlis Apresiasi KoKurikulum 2023

     Majlis Anugerah Apresiasi Kokurikulum telah berlangsung pada 10 Februari 2023 (Jumaat). Majlis bertujuan untuk menghargai pencapaian dan sumbangan pelajar dan guru dalam mengharumkan nama sekolah dalam bidang kokurikulum dalam pelbagai peringkat.

Barisan pentadbir

Penyampaian sijil dan hadiah kepada guru

Penyampaian sijil dan plak kepada pelajar







Taklimat Ibu Bapa Prasekolah 2023

    Taklimat ini telah diadakan pada 28 januari (sabtu) yang lepas, yang bertujuan untuk menerangkan kepada ibu bapa berkaitan sistem pendidikan dan pentadbiran prasekolah.

    Program ini juga merupakan platform kepada ibu bapa untuk merapatkan hubungan dengan pihak sekolah sekaligus membuka  peluang kepada mereka menghulurkan sumbangan baik dari segi tenaga, kewangan atau idea bagi membangunkan sekolah demi kebaikan anak-anak mereka.

 
Taklimat ibu bapa prasekolah




Tuesday 14 February 2023

Karnival Sukan SKS7 2022/2023

Karnival sukan 2022/2023 telah diadakan pada 31 Jan - 8 Feb yang lepas. Antara sukan yang dipertandingkan adalah bola tampar, bola sepak dan bola jaring. Karnival ini terbuka kepada semua kelas tahun 4,5 dan 6.

   Sukan merupakan satu bentuk aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan sesama murid dan guru. Dengan adanya aktiviti sukan sebegini akan mencetuskan semangat kesukanan dan pertandingan yang sihat dalam kalangan murid. Selain daripada itu, ia dapat dijadikan sebagai satu aktiviti kepada semua murid di samping memberikan kesedaran pentingnya sukan kepada semua.



 

Pemenang karnival sukan bola tampar

Pemenang karnival sukan bola sepak

Karnival sukan bola jaring


Saturday 14 January 2023

Bantuan Awal Persekolahan

Pengambilan duit Bantuan Awal Persekolahan (BAP) untuk semua murid adalah seperti ketetapan berikut

TARIKH: 16/1/2023

HARI: ISNIN

TEMPAT: KELAS MASING2

MASA

SESI PAGI (11.00 - 12.30 tghari)
SESI PETANG (1.20-2.30 ptg)

bawa bersama
 - IC ibu/bapa/pnjaga
 - Surat Beranak ank yg asal
Mohon tepati masa , kerjasama anda semua didahulukan ribuan terima kasih