INFO MEI / JUN
1) SAMBUTAN HARI GURU
PERINGKAT SEKOLAH
Tarikh : 18 Mei 2012
(Jumaat)
Masa : 7.20 pagi
hingga 12.00 tengahari
*Murid tahun 1-6 diminta hadir ke
sessi pagi. Ibubapa sila pastikan pengangkutan anak tuan/puan.
2) PEPERIKSAAN PERTENGAHAN
TAHUN
Tarikh : 21 - 25 Mei
2012 (Isnin hingga Jumaat)
*Ibubapa diminta memastikan anak
tuan/puan dapat hadir untuk peperiksaan serta membuat ulangkaji di rumah.
Jadual peperiksaan akan diedarkan kemudian kepada anak tuan/puan.
3) CUTI PERTENGAHAN TAHUN
Tarikh : 26 Mei hingga
10 Jun 2012
*Sekolah akan dibuka semula pada 11
Jun 2012 (Isnin)
4) KELAS TAMBAHAN CUTI
SEOKLAH TAHUN 6
Tarikh : 28 - 31 Mei 2012
(Isnin hingga Khamis)
Masa : 8.00 pagi hingga
12.00 tengahari
Kehadiran : Semua murid tahun 6
*Ibubapa sila pastikan anak
tuan/puan hadir ke kelas tersebut.
4) HARI TERBUKA SEKOLAH
Tarikh : 23 Jun 2012
(Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
hingga 12.00 tengahari
Tempat : Kelas masing-masing
*Ibubapa diminta hadir untuk
mengambil kad profil dan berbincang dengan guru anak tuan/puan tentang
pelajaran.
5) LATIHAN SUKANTARA
SEKOLAH
Tarikh : 2 & 9 Mei
& 13 Jun 2012
Hari :
Setiap Rabu
Masa : 4.00 hingga
6.00 petang
Peserta : Murid tahun 4,5, dan 6.
6) LANGKAH KESELAMATAN
LALULINTAS
Pihak PIBG telah mengambil langkah
keselamatan murid iaitu dengan menempatkan 2 orang petugas RELA bagi kawalan
lalulintas di waktu puncak tengahari dan petang sewaktu murid pulang dari
sekolah.
7) KEHADIRAN MURID KE
SEKOLAH
*Pihak sekolah memohon kerjasama
daripada ibubapa/penjaga untuk menghantar anak tuan/puan tepat pada masa yang
ditetapkan oleh pihak sekolah. Berikut adalah waktu persekolahan:
Sesi
Pagi : Isnin hingga Jumaat jam 7.20 pagi.
Sesi Petang :
Isnin hingga Khamis jam 1.10 petang
Jumaat jam 2.45 petang
8) KENDERAAN IBUBAPA
*Kenderaan ibubapa adalah dilarang
memasuki kawasan sekolah sebagai langkah keselamatan pelajar. Harap maklum.
9) SUMBANGAN PIBG
SEKELUARGA
* Pihak PIBG SKS7 telah menetapkan bayaran
RM30 sekeluarga untuk bayaran pada tahun ini. Diharapkan kepada ibubapa dapat
membuat bayaran segera bagi melicinkan aktiviti PIBG yang telah dirancang.
Bayaran dibuat kepada guru kelas anak tuan/puan masing-masing.
PIHAK
SEKOLAH DAN PIBG MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA IBUBAPA YANG HADIR
MENJAYAKAN PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA PADA 21/4/2012 SERTA MEREKA YANG TELAH
MENYUMBANG.
"MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT"
No comments:
Post a Comment