Friday, 8 February 2013

NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SKS7



Kepada,

Ibubapa/Penjaga murid-murid
SK Seksyen 7 Bandar Baru Bangi

Tuan/puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-12

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-12 SK Seksyen 7 akan diadakan pada:

Tarikh
:
02hb Mac 2013
Hari
:
Sabtu
Masa
:
8.30 pagi
Tempat
:
Foyer SK Seksyen 7

2.      Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

2.1.          Ucapan Penasihat (Guru Besar).
2.2.          Ucapan YDP PIBG.
2.3.          Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-11 dan 
             perkara-perkara berbangkit.
2.4.           Membentang dan meluluskan laporan aktiviti PIBG.
2.5.           Membentang dan meluluskan penyata akaun PIBG.
2.6.           Pelantikan AJK PIBG sesi 2013/2014 dan pemeriksa kira-kira.
2.7.           Membentang dan membahaskan usul-usul.
2.8.           Ucapan penangguhan.

3.      Sehubungan dengan itu tuan/puan dijemput hadir ke mesyuarat berkenaan.  Bersama-sama ini dilampirkan keratan pernyataan kehadiran dan usul.  Tuan/puan dikehendaki mengembalikan pernyataan kehadiran dan usul sebelum atau pada 20hb Februari 2013  kepada pihak sekolah.Usul yang lewat tidak akan diterima.

4.      Sekian, terima kasih.

“PIBG CEMERLANG, SEKOLAH GEMILANG”

No comments:

Post a Comment