Monday 3 September 2012

Pesan Pak Ustaz




5 TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Apabila tiba peperiksaan tentu ada di antara anda yang rasa gementar, gelisah dan pelbagai perasaan lain yang tidak menyenangkan. Apakah sebabnya? Adakah kerana tidak bersedia? Ataupun bimbang soalan yang bakal murid-murid terima itu sukar? Persoalan itu hanya anda sahaja yang boleh menjawabnya.

Tetapi jangan bimbang, ada beberapa tips yang boleh digunakan dari Pak Ustaz ketika menghadapi peperiksaan. Berikut merupakan 5 tips menghadapi peperiksaan yang boleh murid-murid cuba:

1. Mengulangkaji pelajaran

Ya, tidak dinafikan lagi memang benar, jika kita tidak bersedia kita akan merasa gementar lebih-lebih lagi jika kita belum lagi mengulangkaji pelajaran. Tentu perasaan gementar muncul apabila merasakan ilmu masih belum cukup. Kerana itu ANDA tidak digalakkan untuk belajar disaat-saat akhir. Pastikan ANDA selesai mengulangkaji pelajaran beberapa hari sebelum peperiksaan bermula. Belajar dan fahami!

2. Buat persiapan awal

Apa yang akan berlaku jika tiba-tiba ketika menjawab soalan peperiksaan, pensil ANDA tumpul tetapi tiada pengasah pensel? Tentu ANDA kelam-kabut meminjam dari rakan bukan? Tentu sekali pada ketika itu ANDA akan merasa gementar, dada ANDA akan berdebar. Jadi apakah kesannya kepada diri ANDA? “blank”! Perasaan gementar tadi akan mempengaruhi diri membuatkan ANDA lupa sebentar tentang peperiksaan yang diduduki. Perkara ini perlu dielakkan.

Pastikan ANDA menyediakan alatan yang secukupnya beberapa hari sebelum peperiksaan bermula. Periksa dan pastikan slip peperiksaan ataupun alat-alat yang perlu dibawa ada bersama ANDA pada malam sebelum peperiksaan bermula. Barulah boleh menjawab dengan tenang .

3. Tidur awal dan rehat secukupnya

Rehat yang secukupnya adalah penting bagi pelajar kerana berfikir memerlukan penggunaan tenaga yang tinggi. Jadi jika tubuh ANDA lemah dan tidak bertenaga, keupayaan ANDA untuk melontarkan buah fikiran ataupun menjawab soalan peperiksaan akan terjejas. Pada malam peperiksaan, ANDA harus tidur awal. Elakkan dari bersukan sehari sebelum peperiksaan kerana dikhuatiri ANDA akan terlalu penat sehingga mengganggu keupayaan ANDA untuk menjawab peperiksaan.

4. Semak jadual betul-betul!

Adalah sangat-sangat penting bagi ANDA untuk menyemak jadual peperiksaan sebaik mungkin. Jangan tersilap! Ini kerana masalah akan timbul dari segi persediaan ANDA untuk menjawab peperiksaan. 

5. Berdoa dan bertawakal

Akhir sekali, kita hanya mampu merancang tuhan yang menentukan. Selepas kita berhempas pulas belajar, apa yang ANDA perlu lakukan adalah bertawakal kepada Allah dan sentiasa berdoa untuk kejayaan diri adik-adik. Pastikan ANDA mendoakan kejayaan rakan-rakan yang lain juga. Jika ANDA tidak mendapat apa yang diinginkan apabila mengambil keputusan nanti, bersyukur sahaja atas apa yang ANDA dapat. Kerana walau apapun keputusannya, ianya adalah anugerah dari Allah. Yang penting bagi kita umat Islam adalah jangan buruk sangka pada Allah, setiap apa yang Allah lakukan kepada kita ada sebabnya. Ada hikmah disetiap kejadian yang berlaku.

Kami Warga Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Bandar Baru Bangi mengucapkan selamat maju jaya dan memperoleh keputusan yang cemerlang kepada murid-murid UPSR 2012 ! InsyaAllah


No comments:

Post a Comment