Thursday 10 May 2012

Info Mei / Jun


INFO MEI / JUN

1) SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Tarikh   : 18 Mei 2012 (Jumaat)
Masa    : 7.20 pagi hingga 12.00 tengahari
*Murid tahun 1-6 diminta hadir ke sessi pagi. Ibubapa sila pastikan pengangkutan anak tuan/puan.

2) PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

Tarikh   : 21 - 25 Mei 2012 (Isnin hingga Jumaat)
*Ibubapa diminta memastikan anak tuan/puan dapat hadir untuk peperiksaan serta membuat ulangkaji di rumah. Jadual peperiksaan akan diedarkan kemudian kepada anak tuan/puan.

3) CUTI PERTENGAHAN TAHUN

Tarikh   : 26 Mei hingga 10 Jun 2012
*Sekolah akan dibuka semula pada 11 Jun 2012 (Isnin)

4) KELAS TAMBAHAN CUTI SEOKLAH TAHUN 6

Tarikh   : 28 - 31 Mei 2012 (Isnin hingga Khamis)
Masa    : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Kehadiran : Semua murid tahun 6
*Ibubapa  sila pastikan anak tuan/puan hadir ke kelas tersebut.

4) HARI TERBUKA SEKOLAH

Tarikh   : 23 Jun 2012 (Sabtu)
Masa    : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Kelas masing-masing
*Ibubapa diminta hadir untuk mengambil kad profil dan berbincang dengan guru anak tuan/puan tentang pelajaran.

5) LATIHAN SUKANTARA SEKOLAH

Tarikh   : 2 & 9 Mei & 13 Jun 2012
Hari      : Setiap Rabu
Masa    : 4.00 hingga 6.00 petang
Peserta : Murid tahun 4,5, dan 6.

6) LANGKAH KESELAMATAN LALULINTAS

Pihak PIBG telah mengambil langkah keselamatan murid iaitu dengan menempatkan 2 orang petugas RELA bagi kawalan lalulintas di waktu puncak tengahari dan petang sewaktu murid pulang dari sekolah. 

7) KEHADIRAN MURID KE SEKOLAH

*Pihak sekolah memohon kerjasama daripada ibubapa/penjaga untuk menghantar anak tuan/puan tepat pada masa yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Berikut adalah waktu persekolahan:

     Sesi Pagi    : Isnin hingga Jumaat jam 7.20 pagi.
    Sesi Petang : Isnin hingga Khamis jam 1.10 petang
                        Jumaat jam 2.45 petang

8) KENDERAAN IBUBAPA

*Kenderaan ibubapa adalah dilarang memasuki kawasan sekolah sebagai langkah keselamatan pelajar. Harap maklum.

9) SUMBANGAN PIBG SEKELUARGA

* Pihak PIBG SKS7 telah menetapkan bayaran RM30 sekeluarga untuk bayaran pada tahun ini. Diharapkan kepada ibubapa dapat membuat bayaran segera bagi melicinkan aktiviti PIBG yang telah dirancang. Bayaran dibuat kepada guru kelas anak tuan/puan masing-masing.


PIHAK SEKOLAH DAN PIBG MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA IBUBAPA YANG HADIR MENJAYAKAN PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA PADA 21/4/2012 SERTA MEREKA YANG TELAH MENYUMBANG.

"MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT"

No comments:

Post a Comment